Maktabah Al-Bakri
Ensiklopedia Solat Sunat
Ensiklopedia Solat Sunat
Couldn't load pickup availability
Hiasilah hidupmu dengan solat-solat sunat. Sejarah telah membuktikan di mana generasi salafussoleh telah memperoleh kemenangan dan kejayaan kerana mereka sangat menjaga solat. Bukan hanya semata-mata solat fardhu, bahkan solat sunat seperti Qiamullail dijaga dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah bilamana pengintip tentera Rom menyampaikan kepada panglima mereka bahawa ramuan kejayaan tentera Islam adalah kerana mereka umpama rahib pada waktu malam dan panglima yang gagah perkasa pada siang hari.
Justeru, tidaklah pelik apabila mereka dapat meraih kejayaan yang gilang-gemilang.
Himpunan solat sunat ini, penulis telah usahakan sejak lebih 20 tahun lalu dengan pelbagai versi, cetakan dan bentuk. Pada kali ini, selepas melalui proses tapisan, penelitian dan kemas kini, maka buku yang bersaiz mega bertajuk Ensiklopedia Solat Sunat ini dapat dipersembahkan kepada semua pembaca.
Buku ini sarat dengan kandungan yang berfakta dan maklumat yang disaring agar ianya benar dan sahih, berdasarkan sumber-sumber yang autentik dan terpecaya.
Share
